Monday, January 16, 2012

Review Awek Chuck Tylor


Salah satu buku yang aku beli secara online last week, along with Cerita malaysia tidak ke piala dunia dan Hero. dan dalam sehari je aku dah habis baca buku ni. kihkihkih. macam celake. padahal keje gila babis (read:babi) punye banyak. asal ade terluang siket je aku terus sambar buku ni. hahaha.Buku indie (baca: indie bukan hindi. paham?kehkehkeh) ni dikarang oleh Nami, salah seorang penulis kat sokerleaks. Buku ni asalnya adalah dari vlovel dia, tapi kemudiannya blog tu ditutup sebab nak menerbitkan buku ni.

"Mengisahkan kisah seorang mamat bernama Hafiz, yang bertemu dengan seorang gadis hipster anarkis yang bernama Mira. Pertemuan ini mencetuskan beberapa ledakan aneurysm kepada korteks serebrum - serta perhubungan dengan adik beradik Mira - Aiman dan Nana - yang menjadi semakin akrab. Dan keakraban itu mencetuskan satu lagi cinta tiga segi Illuminati antara Hafiz dan adik beradik - Mira dan Nana.

Disamping cerita Awek Chuck Taylor ini berpusar kepada keluarga Mira - cerita ini juga menceritakan terfaktabnya Hafiz dengan awek yang dia stalk bernama Sheila, awek dia yang cemburu buta bernama Fadilah, awek yang gila kikis duit bernama Bella serta adik angkat yang hidup dalam pasca moden kehidupan Melayu urban influence Nona dan Cerekarama bernama Azrina. Dan cerita ini juga berceritakan tentang liku-liku kehidupan seorang mat rempit narcissist bernama Aiman serta drama di depan gerai nasi ayam."


 Aku malas nak taip panjang2 pasal sinopsis cerita ni. ni pon rembat kat blog die. haha. Cerita ni partly true lah mengikut kata si nami ni. Yang bestnye buku ni sebab ape yang dicerita memang dekat dengan diri aku, macam si hafiz tu (read:nami) dia seorang yang senang insecure bila tak ada pasangan. kene ada someone dalam hidup die, dan kadang2 sampai desperate sengsangat. haha. yang tak best pasal cerita ni, sad ending lah. menyumpah kejap aku bila bace 2 muka surat last buku tu. haha. tapi nak buat macam mana, cerita betol beb. Gaya bahasa dia jugak ringan and memang banyak buat aku tergelak bila baca novel ni.

Dan yang terbaru aku dapat tau ex gf dia (baca:awek chuck taylor) ni mengidap kanser payu dara. and setiap 0.50 sen dari pembelian buku ni dia dermakan kat MAKNA. Buku boleh dibeli secara online kat Gobok Buku dengan harga RM 20. 

Lepas ni nak habiskan buku cerita malaysia tidak ke piala dunia.  Haram tak abis2 aku baca, haha. buku ni ditulis oleh Lucius Maximus (read: raja fakta) yang juga salah seorang penulis di blog sokernet. buku ni bukan novel, ianya mengisahkan tentang perjalanan 40 tahun percubaan malaysia untuk ke piala dunia.Good book. Buku yang memang dicari2 oleh sesorang yang betul2 cintakan bola Malaysia ni. Tapi haram aku tak abis baca lagi. ini sebab kerja macam nak mati punya bizi. celake

Friday, January 13, 2012

....

"When i'm sad you've asked me what went wrong,
And asking me to be strong,
How can i be strong,
Living without you is something wrong"





-Awek Chuck Taylor

Saturday, December 10, 2011

Get On

Masalah yang betul2 masalah bile aku susah nak lupekan kisah2 lame bile masuk bab2 cinta nie. memang terfaktab gile lah. secare jujurnye, aku susah nak hilangkan memory lame2 tu dalam kepale hotak nie. dah macam die tulis pakai permenent marker pulak kat otak ni. dan yang bermasalah jugak bile aku x de lah berusaha sangat nk lupekan kisah2 lame nie. even msg2 lame pun still aku simpan dalam henset lame 2. bangang gile rase kadang2, just sometime bile aku  nk clear kan bende2 2, rase sayang gilak, sebab bende 2 memory kan, bende yang tak boleh nk diulang balik. then x jadik delete. haha. gile bengong. suke teringat2 n terkenang2 balik bende2 tu. parah dah ko ni takep..parah dah.

Selalu jugak pk kapel ni lebih banyak menyusahkan, kadang2 lah. tp gua tak nak pulak forever alone. fapfap bersendirian. wadehel? tapi aku tau aku x suke hidup bersendirian, need someone push n as matlamat tok semua bende yang aku buat. macam kes yang baru2 nie, penat planning macam2 tok menyenangkan n memberi masa depan yang selesa untuk si dia. but bile bende2 bangang ni berlaku, 50% of my will hilang dia bawak sekali. macam buat sesuatu tu tp x de matlamat. tu yang buat rase malas alih2 nk berusaha. faktab sekali lagi. susah jugak bile motivation aku ni aku letak kat pompuan, ye dok? tp ok lah, ketepikan dulu pasal perempuan2 nie, buat ape yang dah aku planning. harap2 bolehlah mula berbisnes dalam 1-2 tawon nie. senangkan diri ni dulu, baru pk bende lain. InsyAllah...

Sunday, November 27, 2011

Pembabian dalam bercinta

Tahu tak celake? seronok pulak mencarut bile pembabian dalam bercinta ni berlaku. atlease boleh melepaskan stress terpendam yang amat sangat. kenape kene bermain kayu 3? main lah jongkang jongket ke, teng teng ke, masak2 ke? kayu 3 juga yang nak dimain? seronok sangat ke main bende 2? kalau suke sangat main bende tu, kenapa aku kene terbabit? ape celakekah bende ni semua?  dah rase macam kene guna2 dengan makcik bomoh sebelah rumah pulak bile bab bercinta ni. ape die masih panas ati dengan aku ke sebab tolak jadik laki ke-2 die? haha. atau ni konspirasi adik mak temah yang aku rosakkan basikal BMX anak menakan die 2? ok. ni tipu. ahh bangang. peneraian aku dalam cube menceriakan diri dengan lawak2 bodoh nie tak menjadik. celake celake. haha. dalam stress2 ni sempat jugak aku bergelak. ok lah 2. dr aku men terjun bangunan. ye dok? last mencarut. celake! ok puas.

Wednesday, September 7, 2011

Selamat Hari Raya!

Friday, July 29, 2011

Harimau tercabut ekor


Tak peduli apa orang nak kata!
Tak peduli walau bukan juara!
Kami bangga jadi anak Malaysia!
Kami rela mati pertahankannya!

OOooooo Ooooooooo...
BER..SAMA SELAMANYAA..
OOooooo Ooooooooo...
BER..SAMA SELAMANYAA..
Itulah antara bibit2 chant dari ultra malaya yang polupar dan paling suka aku nyanyikannya. usai sudah pertembungan perlawanan timbal balik kelayakan piala dunia yang berlangsung pada 23/07 dan 28/07 2011. Keputusannya Harimau Malaya tunduk kepada singapura dengan aggregate 6-4. satu kekalahan yang cukup besar untuk pasukan Malaysia. Bermula dengan kekalahan dan kepincangan yang besar di Stadium Jalan Besar, singapura yang amat mengejutkan dan membimbangkan tentang prestasi semasa anak buah Datuk Rajagobal. Barisan pertahanan yang tidak mempunyai pegalaman, kerjas ama dan komunikasi yang baik telah diturunkan dan dengan segera dihukum barisan penggempur singapura yang jauh lebih berpengalaman dan mempunyai tubuh badan yang lebih besar. Tidak cukup dengan itu, kapten harimau malaya, safiq rahim pula dihadiakan kad merah kerana mengasari pemain singapura. Itu bermakna safiq akan ketingalan dari bersama2 berjuang di stadium bukit jalil, stadium keramat rakyat malaysia.


Perlawanan timbal balik dimulakan dengan sorak gempit gempita lebih 90 ribu rakyat malaysia yang menyahut cabaran datuk k.rajagobal untuk memenuhi stadium menyokong pasukan kebangsaan. Harapannya skuad harimau malaya dapat mempertahankan maruah yang tercalar di Jalan Besar. Orang kata, harimau yang sakit lebih kuat daya juangnya. Tetapi bukan harimau malaya, beraksi di kandang sendiri tidak memberikan apa-apa kelebihan kepada skuad muda ini. Terutamanya dengan kepincangan di bahagian midfield yang kehilangan sentuhan safiq rahim, kecederaan tunjang utama forward, Norshahrul idhlan talaha dan barisan benteng pertahanan malaysia terutamanya Aidil Zafuan telah melemahkan semangan juang anak2 muda ini. Walaubagaimanapun, pujian harus diberikan kepada penjaga gawangan, Khairul Fahmi Che Mat dengan aksi terbang beliau menjaga gawang malaysia dari ditembusi seenak-enaknya oleh singapura. Sekadar mencatat seri 1-1 terhadap singapura tidak mencukupi untuk pasukan harimau malaya layak ke pusingan seterusnya. Selesai sudah perjuangan harimau malaya untuk piala dunia 2014. Terusk an usahamu, cuba pula untuk piala dunia 2018. Jangan takut, kerna rakyat Malaysia sentiasa bersamamu!


Ultras Malaya, ekor Harimau Malaya
Ultras Malaya, ekor Harimau Malaya
Kami turun ke Bukit Jalil
Satu jiwa sokong Malaysia
Oh singapura! dibunuh saja...

Friday, July 22, 2011

Datang dan pergi

tiada apa yang hendak dicerita
hanya berharap 28 julai ini segera tiba
terima semua keputusannya
harap baik2 belaka
jika tidak pun tak mengapa
hidup tetap diteruskan jua
walau pahit untuk diterima
kutelan juga
berharap khabar baik bakal menjelma
tidak kisahlah walau apa beritanya
hanya itu yang dipinta
berakhirlah bulan berepisod luka
harap bermula episod ceria
yang boleh melebarkan senyuman sebesar-besarnya...