Wednesday, October 30, 2013

Cerita Sedih

Kawan masa kecil-kecil yang aku paling rapat baru sahaja menemui sang penciptanya petang tadi. Terkejut? Sangat! Banyak yang aku terkilankan. Pedih juga hati ni bila kenang balik. Baru last week berhubung dengan arwah ajak lepak2. Tapi arwah demam, so tangguh dulu. Tak sangka hari ni, berita ni yang aku terima. Lama juga aku tak bertemu dengan dia. Tak sangka juga dapat juga bertemu hari ni, Alhamdulillah.. walaupun sudah berpisah nyawa dengan badan. Moga kau dipermudahkan disana sahabat...

Teringat zaman kecil dulu, arwah seorang yang ceria, pelawak, sentiasa mempraktis ajaran agama, murah senyuman.. sebab tu masa kecil boleh bergaduh siapa nak jadi kawan baik dia. Kelakar juga perangai masa kecil-kecil ni. Alhamdulillah, perangai tu dia bawa sehingga dewasa. Tetap dengan perangai begitu. 

Banyak juga kenangan pahit manis dengan arwah, lebih-lebih lagi masa menumpang rumah sewa dia ketika kursus dekat Negeri Sembilan dahulu. Masing-masing papa kedana masa tu. Baru nak mengenal erti berdikari. Rezeki dikongsi bersama. Kalau nasi dan lauk ayam boleh dikira makanan mewah masa tu. Pernah juga nasi lauk telur dikongsi bersama. Ahh... manis benar kenangan itu walaupun dalam serba serbi kurang. Masalah dikongsi bersama.. duit pon berkongsi bersama. Kalau aku tak ada duit, dia pinjamkan, dan begitulah sebaliknya... 

Aku tahu bukan senang nak tempuh hidup ni. Kau berusaha gigih untuk dapatkan certificate Safety Officer kau tu. Banyak yang kau tempuh untuk berjaya di masa depan. Ingat lagi aku kata-kata kau, kau nak berjaya supaya dapat tanggung ibu ayah kau. Mulianya hati kau. Tak sangka, belum sebulan lagi kau dapat kerja yang kau idamkan, kau sudah pulang menemui pencipta kau.

Raya tahun ni tak sempat aku nak berjumpa dengan kau.. tak pernah lagi raya kita miss berjumpa. Tak sangka, tak ada rezeki kita nak beraya bersama lagi. Tapi tak apa, memori tu aku pegang sampai bila-bila..

Usai maghrib tadi, aku ziarah ke rumah kau, jenazah kau masih lagi di hospital. Belum lagi tiba di rumah. Aku berjumpa dengan kawan-kawan kita. Bergelak ketawa dengan mereka. Ketawa hanya di bibir, dalam hati pilu terasa. Sempat juga aku tatap wajah biru kau sebelum dibawa ke Masjid berhampiran. Alhamdulillah, ramai yang bersama sempurnakan solat jenazah kau.

Akhir kata, tenanglah kau disana, insyallah mudah urusan kau. Kerana kau dah lakukan yang terbaik sebagai umat di bumi ini. Insyallah, kita berjumpa lagi.

Alfatihah untuk Arwahyarham Mohd Annaim bin Ali.

Sunday, December 2, 2012

Fat Spanish Waiter

Gua dah agak dah, si rafa benitez ni bukan siapa-siapa. Simpan jelah sejarah piala dengan Liverpool tu, selepas menjahanamkan Inter Milan, giliran chelsea pulak ke dia nak jahanamkan. Apa2 pun, lu dah buktikan yang lu memang bangang. Chant khas dari kami peminat "plastik" yang lu labelkan kat chelsea fan masa lu manage Liverpool dulu. Fat Spanish Waiter!


Fat Spanish waiter,
He's just a fat Spanish waiter
Fat Spanish Waiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiter
He's just a fat Spanish waiter

Tuesday, April 3, 2012

Once scumbag always scumbag


Celaka. Macam tau2 je gua baru gaji. Tak pasal2 habis dekat hp baru

Wednesday, March 28, 2012

Kacip Kacap Kepala

Merungut dah jadik rutin harian. Ada je yang tak kena, semua benda kalau boleh aku nak merungut. Penat barangkali. Nasib baik ade helper baru, kalau tak boleh botak kepala ni melayan benda yang tak habis2. Perempuan pulak tu, tapi bukan jenis yang seronok diusha. Minus 300 mood gua jadiknya. Celaka.

Jarang2 ada masa renggang. Paling kuat pun masa untuk tidur je. Kesian dekat game2 dalam laptop tu. Mesti rasa macam dianak tirikan. Nanti ada masa gua hantar lu orang kat rumah anak2 yatim. Itu belum masuk lagi pasal movie2 yang baru download. Jangan tanya movie apa. Nanti lu orang pulak yang malu nak dengar. Laptop pulak rosak. Dah sampai ajal dia kot, daripada gua pening kepala repair baik gua pergi tidur. Ada jugak faedahnya. Laptop opis lah yang gua usung kesana kemari. Lantak lah.

Sedar tak sedar dah dekat 4 bulan jugak gua jadik duda. Nasib baik tak sempat ada anak lagi. Kalau tak mesti gua tengah rindu kat anak2 gua ni. kah kah kah. Misi mencari orang baru? pfffttt... gua penat nak mengusha2 ni. gua ingat nak mengurat awek2 lama boleh? hahahaha.

Misi bercuti bersama keluarga ke sabah bulan 6 ni nampak macam akan tergendala. Dengan position sekarang ni, gua nak cuti separuh hari pun belum tentu dapat. Tiket dah book, gua bagi kuman2 jelah duduk kat seat tu nanti. FOC. Cepat berterima kasih kat gua nanti tahu?

Banyak sangat dah merapu. Gua chow dulu

Thursday, February 16, 2012

Queen-Bohemian Rhapsody

Rindu lagu ni. Enjoy..

Sunday, February 12, 2012

What i miss the most

Yup. Gua rindukan member2 zaman belajar dulu. Rindu nak berkonvoi ke pulau, ke footlong, ke bukit hijau, badminton, shisha, main sambung ayat,  n melepak kat gelas besar. Harap dapat jumpe lu orang lagi.

Monday, February 6, 2012

Cerita Bola Malaysia Tidak Ke Sukan Olimpik

Baru balik dari mamak berlive screening game chelsea v menyu. Sebelum tu game Malaysia U23 vs Bahrain U23 for Olympic Qualification. Dapat tengok 1st half je game ni, sebab lepas tu mamak bukak game chelsea. Betapa beratnye mata ni melayan corak permainan malaysia yang boleh tahan kepala bana dia. Abe sedor lah sikit diri tu pendek, nak main jugak hantaran tinggi, jenis bana yang tak boleh diajar ke budak2 bola Malaysia ni? Defend pulak jenis asal dapat bola terus clear, tak kisah lah clear ke mana pun, asal bola tu jauh dari dia, bukan nak jauhkan kotak penalti. Boleh tahan jugak kebenakan pemikiran budak2 defend ni yek? 

Belum pun wisel penamat separuh masa pertama ditiup, mamak Al-Azhar 25Jam ni dah tukar channel ke game chelsea. Gua punye lega rase rasa macam baru dapat berak lepas kena sembelit 3 hari. Rasa macam nak sujud syukur je kat situ jugak. Melayan game Malaysia ni  sama level macam kena paksa tengok video clip Justin Bieber. Jenis benda2 yang boleh jadik modal nightmare.

Last2, Malaysia kalah 2-1 dengan Bahrin. Siapa gol jangan tanya aku, yang aku tau kalah je. Nak carik highlight benda2 kalah ni nak buat apa ye dok? Saranan aku budak2 bola Malaysia ni bawak2 lah rajin baca buku si LuciusMaximus tu, Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia(CMTKPD). Bagus tau sejarah abang2 bola yang dulu. Walaupun tak semenggah mana, tapi time tu budak2 bahrin ni celah tapak kaki kita je. 

Dan untuk pemainat bola sepak Malaysia, bawak2 jugak lah carik buku ni. Bagus untuk kita kenal sejarah bola sepak kita. Bana level apa FAM ni, fakta2 yang mungkin FAM sendiri tak ada simpan dalan arkib diorang, dan sejauh manakah kehebatan kita sebagai jaguh kampung pada waktu dulu. Sekian.




Pada satu hari biasa biasa di mana yang tua sibuk beribadat di rumah mahu masuk syurga, yang separuh tua sibuk di pejabat mahu bayar bil, yang muda tak habis-habis berasmara kerana belum dapat dan yang kanak-kanak semakin obes di hadapan TV dan komputer, muncul satu susuk yang tidak asing lagi di kaca TV. Dengan kepala bersongkok,Sultan Bola ingin membuat satu pengumuman yang penting lagi mendebarkan. 
“Beta dengan ini mengisytiharkan Harimau Malaya dilupuskan dan semua liga bola sepak tempatan dibubar dan dihentikan serta-merta. Semua pemain bola sepak boleh balik kampung tanam jagung,” titah Sultan Bola. 
Maka terhenti terus pekerjaan seluruh rakyat Malaysia. Semuanya hairan berkerut-kerut kening tertanya-tanya. Semuanya melopong tak tentu hala. Belum dan 5 minit, semuanya sambung kerja seperti biasa.Yang beribadat - sambung bersila, yang bekerja - sambung menjenguk Facebook, yang berasmara - sambung membelek teman masing-masing dan yang kanak-kanak sambung baring sambil mengunyah. 
Pemain-pemain bola sepak yang buat-buat terkejut pula, bagai lembu pulanglah mereka ke kampung halaman masing-masing. Yang mendengar cakap pergilah dia menanam jagung. Yang pandai bercakap mulalah dia cuba-cuba menjual insurans. Dan yang banyak cakap, terus sibuk dia berpersatuan menuntut pampasan itu dan ini akibat tak pernah menyimpan.