Sunday, December 2, 2012

Fat Spanish Waiter

Gua dah agak dah, si rafa benitez ni bukan siapa-siapa. Simpan jelah sejarah piala dengan Liverpool tu, selepas menjahanamkan Inter Milan, giliran chelsea pulak ke dia nak jahanamkan. Apa2 pun, lu dah buktikan yang lu memang bangang. Chant khas dari kami peminat "plastik" yang lu labelkan kat chelsea fan masa lu manage Liverpool dulu. Fat Spanish Waiter!


Fat Spanish waiter,
He's just a fat Spanish waiter
Fat Spanish Waiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiter
He's just a fat Spanish waiter

Tuesday, April 3, 2012

Once scumbag always scumbag


Celaka. Macam tau2 je gua baru gaji. Tak pasal2 habis dekat hp baru

Wednesday, March 28, 2012

Kacip Kacap Kepala

Merungut dah jadik rutin harian. Ada je yang tak kena, semua benda kalau boleh aku nak merungut. Penat barangkali. Nasib baik ade helper baru, kalau tak boleh botak kepala ni melayan benda yang tak habis2. Perempuan pulak tu, tapi bukan jenis yang seronok diusha. Minus 300 mood gua jadiknya. Celaka.

Jarang2 ada masa renggang. Paling kuat pun masa untuk tidur je. Kesian dekat game2 dalam laptop tu. Mesti rasa macam dianak tirikan. Nanti ada masa gua hantar lu orang kat rumah anak2 yatim. Itu belum masuk lagi pasal movie2 yang baru download. Jangan tanya movie apa. Nanti lu orang pulak yang malu nak dengar. Laptop pulak rosak. Dah sampai ajal dia kot, daripada gua pening kepala repair baik gua pergi tidur. Ada jugak faedahnya. Laptop opis lah yang gua usung kesana kemari. Lantak lah.

Sedar tak sedar dah dekat 4 bulan jugak gua jadik duda. Nasib baik tak sempat ada anak lagi. Kalau tak mesti gua tengah rindu kat anak2 gua ni. kah kah kah. Misi mencari orang baru? pfffttt... gua penat nak mengusha2 ni. gua ingat nak mengurat awek2 lama boleh? hahahaha.

Misi bercuti bersama keluarga ke sabah bulan 6 ni nampak macam akan tergendala. Dengan position sekarang ni, gua nak cuti separuh hari pun belum tentu dapat. Tiket dah book, gua bagi kuman2 jelah duduk kat seat tu nanti. FOC. Cepat berterima kasih kat gua nanti tahu?

Banyak sangat dah merapu. Gua chow dulu

Thursday, February 16, 2012

Queen-Bohemian Rhapsody

Rindu lagu ni. Enjoy..

Sunday, February 12, 2012

What i miss the most

Yup. Gua rindukan member2 zaman belajar dulu. Rindu nak berkonvoi ke pulau, ke footlong, ke bukit hijau, badminton, shisha, main sambung ayat,  n melepak kat gelas besar. Harap dapat jumpe lu orang lagi.

Monday, February 6, 2012

Cerita Bola Malaysia Tidak Ke Sukan Olimpik

Baru balik dari mamak berlive screening game chelsea v menyu. Sebelum tu game Malaysia U23 vs Bahrain U23 for Olympic Qualification. Dapat tengok 1st half je game ni, sebab lepas tu mamak bukak game chelsea. Betapa beratnye mata ni melayan corak permainan malaysia yang boleh tahan kepala bana dia. Abe sedor lah sikit diri tu pendek, nak main jugak hantaran tinggi, jenis bana yang tak boleh diajar ke budak2 bola Malaysia ni? Defend pulak jenis asal dapat bola terus clear, tak kisah lah clear ke mana pun, asal bola tu jauh dari dia, bukan nak jauhkan kotak penalti. Boleh tahan jugak kebenakan pemikiran budak2 defend ni yek? 

Belum pun wisel penamat separuh masa pertama ditiup, mamak Al-Azhar 25Jam ni dah tukar channel ke game chelsea. Gua punye lega rase rasa macam baru dapat berak lepas kena sembelit 3 hari. Rasa macam nak sujud syukur je kat situ jugak. Melayan game Malaysia ni  sama level macam kena paksa tengok video clip Justin Bieber. Jenis benda2 yang boleh jadik modal nightmare.

Last2, Malaysia kalah 2-1 dengan Bahrin. Siapa gol jangan tanya aku, yang aku tau kalah je. Nak carik highlight benda2 kalah ni nak buat apa ye dok? Saranan aku budak2 bola Malaysia ni bawak2 lah rajin baca buku si LuciusMaximus tu, Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia(CMTKPD). Bagus tau sejarah abang2 bola yang dulu. Walaupun tak semenggah mana, tapi time tu budak2 bahrin ni celah tapak kaki kita je. 

Dan untuk pemainat bola sepak Malaysia, bawak2 jugak lah carik buku ni. Bagus untuk kita kenal sejarah bola sepak kita. Bana level apa FAM ni, fakta2 yang mungkin FAM sendiri tak ada simpan dalan arkib diorang, dan sejauh manakah kehebatan kita sebagai jaguh kampung pada waktu dulu. Sekian.




Pada satu hari biasa biasa di mana yang tua sibuk beribadat di rumah mahu masuk syurga, yang separuh tua sibuk di pejabat mahu bayar bil, yang muda tak habis-habis berasmara kerana belum dapat dan yang kanak-kanak semakin obes di hadapan TV dan komputer, muncul satu susuk yang tidak asing lagi di kaca TV. Dengan kepala bersongkok,Sultan Bola ingin membuat satu pengumuman yang penting lagi mendebarkan. 
“Beta dengan ini mengisytiharkan Harimau Malaya dilupuskan dan semua liga bola sepak tempatan dibubar dan dihentikan serta-merta. Semua pemain bola sepak boleh balik kampung tanam jagung,” titah Sultan Bola. 
Maka terhenti terus pekerjaan seluruh rakyat Malaysia. Semuanya hairan berkerut-kerut kening tertanya-tanya. Semuanya melopong tak tentu hala. Belum dan 5 minit, semuanya sambung kerja seperti biasa.Yang beribadat - sambung bersila, yang bekerja - sambung menjenguk Facebook, yang berasmara - sambung membelek teman masing-masing dan yang kanak-kanak sambung baring sambil mengunyah. 
Pemain-pemain bola sepak yang buat-buat terkejut pula, bagai lembu pulanglah mereka ke kampung halaman masing-masing. Yang mendengar cakap pergilah dia menanam jagung. Yang pandai bercakap mulalah dia cuba-cuba menjual insurans. Dan yang banyak cakap, terus sibuk dia berpersatuan menuntut pampasan itu dan ini akibat tak pernah menyimpan.

Wednesday, February 1, 2012

Jenis menaip bila bosan

*ditaip semasa sedang bengang chelsea seri dengan swansea. kemungkinan menggunakan bahasa yang barai mungkin berlaku. harap maklum


Penat berkerja. Yes. Gua penat bekerja. Kalau letak cerita kerja gua ni masuk kat dalam Bersamamu kat tibi tiga tu entah berapa juta umat Malaysia ni menangis tengok kisah gua ni. Nasib baik akedemi fantasia dah berenti buat program lagho dia tu. Kalau tak, menangis jugak diorang, bukan sebab gua, tapi sebab tak boleh nak beat rating Bersamamu tu pulak.


Yang menambahkan penat gua berkerja ni jugak sebab gua bekerja dengan orang yang gua tak boleh buat kerja dengan dia. Sorang Mr.wiki, Mr.holier than thou dan Mr.fuckin annoying sound effect. Yang paling gua tak tahan dengan sound effect ni. Gua jenis kalau bekerja suka senyap dan fokus kat kerja. Kalau dah mulut lu je yang berbunyik sepanjang masa, gua nak berpikir buat kerja macam mana? Mungkin jugak dia mintak gua pateri mulut dia gamaknya. Nak disound, either gua yang berenti or dia yang berenti lah hujung bulan karang.

Dah2. Better gua tidur kejap. Mampus tak kerja kejap lagi ni karang. Chow

Wednesday, January 25, 2012

5:07 am

Thinking of you while listening to this


Saturday, January 21, 2012

Penat

Satu badan penat. celake ape punye keje ni yang balik keje sampai kol 3 pagi? mate pon dah berat. selamat tidur

Monday, January 16, 2012

Review Awek Chuck Tylor


Salah satu buku yang aku beli secara online last week, along with Cerita malaysia tidak ke piala dunia dan Hero. dan dalam sehari je aku dah habis baca buku ni. kihkihkih. macam celake. padahal keje gila babis (read:babi) punye banyak. asal ade terluang siket je aku terus sambar buku ni. hahaha.Buku indie (baca: indie bukan hindi. paham?kehkehkeh) ni dikarang oleh Nami, salah seorang penulis kat sokerleaks. Buku ni asalnya adalah dari vlovel dia, tapi kemudiannya blog tu ditutup sebab nak menerbitkan buku ni.

"Mengisahkan kisah seorang mamat bernama Hafiz, yang bertemu dengan seorang gadis hipster anarkis yang bernama Mira. Pertemuan ini mencetuskan beberapa ledakan aneurysm kepada korteks serebrum - serta perhubungan dengan adik beradik Mira - Aiman dan Nana - yang menjadi semakin akrab. Dan keakraban itu mencetuskan satu lagi cinta tiga segi Illuminati antara Hafiz dan adik beradik - Mira dan Nana.

Disamping cerita Awek Chuck Taylor ini berpusar kepada keluarga Mira - cerita ini juga menceritakan terfaktabnya Hafiz dengan awek yang dia stalk bernama Sheila, awek dia yang cemburu buta bernama Fadilah, awek yang gila kikis duit bernama Bella serta adik angkat yang hidup dalam pasca moden kehidupan Melayu urban influence Nona dan Cerekarama bernama Azrina. Dan cerita ini juga berceritakan tentang liku-liku kehidupan seorang mat rempit narcissist bernama Aiman serta drama di depan gerai nasi ayam."


 Aku malas nak taip panjang2 pasal sinopsis cerita ni. ni pon rembat kat blog die. haha. Cerita ni partly true lah mengikut kata si nami ni. Yang bestnye buku ni sebab ape yang dicerita memang dekat dengan diri aku, macam si hafiz tu (read:nami) dia seorang yang senang insecure bila tak ada pasangan. kene ada someone dalam hidup die, dan kadang2 sampai desperate sengsangat. haha. yang tak best pasal cerita ni, sad ending lah. menyumpah kejap aku bila bace 2 muka surat last buku tu. haha. tapi nak buat macam mana, cerita betol beb. Gaya bahasa dia jugak ringan and memang banyak buat aku tergelak bila baca novel ni.

Dan yang terbaru aku dapat tau ex gf dia (baca:awek chuck taylor) ni mengidap kanser payu dara. and setiap 0.50 sen dari pembelian buku ni dia dermakan kat MAKNA. Buku boleh dibeli secara online kat Gobok Buku dengan harga RM 20. 

Lepas ni nak habiskan buku cerita malaysia tidak ke piala dunia.  Haram tak abis2 aku baca, haha. buku ni ditulis oleh Lucius Maximus (read: raja fakta) yang juga salah seorang penulis di blog sokernet. buku ni bukan novel, ianya mengisahkan tentang perjalanan 40 tahun percubaan malaysia untuk ke piala dunia.Good book. Buku yang memang dicari2 oleh sesorang yang betul2 cintakan bola Malaysia ni. Tapi haram aku tak abis baca lagi. ini sebab kerja macam nak mati punya bizi. celake

Friday, January 13, 2012

....

"When i'm sad you've asked me what went wrong,
And asking me to be strong,
How can i be strong,
Living without you is something wrong"





-Awek Chuck Taylor